KUALA LUMPUR: "Orang kata apabila kita dimasukkan ke penjara, ia peluang kedua untuk kita berubah namun sebenarnya bagi saya ia adalah peluang pertama," kata Af (bukan nama sebenar), 44, mengenai hukuman penjara yang sedang dihadapinya.
Af mengakui saat melangkah masuk ke Penjara Kajang enam tahun lepas merupakan peluang keemasan diberikan Allah SWT kepadanya untuk berubah menjadi seorang muslim yang taat dan patuh kepada ajaran Islam setelah lalai dan leka dengan kenikmatan dunia selama ini.
"Perasaan saya pada hari pertama menjejakkan kaki di penjara ini seperti berada di satu tempat asing...itu adalah kali pertama saya masuk ke dalam penjara...hanya Allah SWT sahaja tahu perasaan saya pada ketika itu.
"Apabila berada di sini, saya berasa betapa dunia ini sebenarnya terlalu kecil, dunia ini hanyalah tempat untuk kita sandarkan pengharapan dan penyerahan kepada yang Maha Agung," katanya ketika diwawancara dalam dokumentari terbitan Bernama TV bertajuk 'Kami Juga Ada Perasaan'.
Af didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana menyebabkan kematian tanpa niat.
Bagaimanapun, dia keberatan berkongsi mengenai kesalahan dilakukannya sehingga dihukum penjara 10 tahun.
"Biarlah ia menjadi sejarah dalam kehidupan dan pengajaran untuk diri saya sendiri. Bukan saya tidak mahu berkongsi, tetapi biarlah ia menjadi sebagai iktibar kepada diri sendiri, ia merupakan suatu benda yang aib, baik saya merahsiakannya," katanya.
Berkongsi rutin hariannya di dalam penjara, Af berkata rutin hidupnya berubah 360 darjah berbanding semasa masih bebas dengan kehidupannya terarah kepada hal duniawi semata-mata.
"Rutin harian saya bermula seawal tiga pagi, dimulakan dengan solat sunat Tahajud dan solat sunat Witir dan seterusnya tadarus al-Quran sehingga masuk waktu solat fardu Subuh. Selepas itu saya akan teruskan dengan program pihak penjara," katanya.
Mengenai perkara ingin dilakukannya sebaik keluar dari penjara nanti, Af berkata dia ingin menunaikan ibadah umrah.
"Saya ingin memohon kemaafan di rumah Allah. Saya mohon Allah SWT memberi saya petunjuk terbaik sebelum saya melangkah ke hadapan meneruskan kehidupan," katanya yang masih mempunyai baki hukuman dua tahun.
Af berkata jika diizinkan Allah SWT, dia ingin membetulkan keadaan dan melakukan yang terbaik buat isteri tercinta, anak-anak serta kedua ibu bapanya.
"Hanya Allah SWT sahaja tahu apa yang tersurat dan tersirat di hati saya. Insya-Allah saya akan buktikan bahawa saya antara yang terbaik," tegasnya.
Terdapat kira-kira 70,000 banduan ditempatkan di 40 penjara dan 10 penjara satelit di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023
Af berkata jika diizinkan Allah SWT, dia ingin membetulkan keadaan dan melakukan yang terbaik buat isteri tercinta, anak-anak serta kedua ibu bapanya.- Gambar hiasan/BERNAMA
[TERKINI] ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia pada jam 1.38 petang di Hospital Seberang Jaya.
DoubleTree by Hilton Malaysia saji menu warisan 'Signature Across the State: A Makan Kitchen Showcase'
DoubleTree by Hilton serata Malaysia berbesar hati mengajak para tetamu untuk turut serta dalam pengembaraan masakan yang unik bersempena dengan kempen yang berlangsung bermula dari 1 hingga 30 Jun.
Nilai pasaran kredit komuniti negara cecah RM24.8 bilion - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah itu meliputi nilai pinjaman serta pajak gadai melibatkan Pemberi Pinjaman Wang (PPW) dan Pemegang Pajak Gadai (PPG).
ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.
Ugut bunuh, tumbuk tunang, hos jualan didenda RM4,200
Tertuduh, Megat Amir Muhaimin Megat Azhar, 28, dari Puchong, Selangor membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.
Ahmad Zahid lawat ibu pejabat Huawei di Shenzen
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Hamidi hari ini melawat ibu pejabat Huawei di sini.
Google Play Store kini benarkan penetapan harga jualan aplikasi sehingga RM4,800
Peningkatan ini membolehkan aplikasi dan kandungan yang lebih premium dan berkualiti tinggi ditawarkan, termasuk dengan ciri-ciri yang lebih menyeluruh.
Lawatan Anwar ke Jepun jana potensi pelaburan RM1.45 bilion, eksport RM550 juta
Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi ke Tokyo berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport masing-masing bernilai RM1.45 bilion dan RM550 juta daripada tujuh syarikat utama Jepun.
Semak arah kiblat kediaman masing-masing
Peristiwa Istiwa' A'zam bakal berlaku lagi pada 27 atau 28 Mei dan 15 atau 16 Julai ini.
Fatimah alami pendarahan tanpa henti selepas pembedahan, keluarga mohon doa
Pendarahan yang dialaminya berterusan hingga hari kelapan dan keadaan kanak-kanak itu juga dikatakan semakin lemah sejak dua hari lalu.
Indonesia sokong pendekatan Malaysia bantu bangun 'peradaban' banduan Indonesia
Penjara bukan semata-mata tempat menghukum tetapi mentransformasikan ia sebagai institusi pendidikan yang memberi peluang kepada penghuni.
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
'Tahun ini kali ke-18, sambut raya di sebalik tirai besi'
Jadi banduan akhir ini memang ada tekanan, siapa yang boleh terima kalau hukuman kita ni akan pergi ke tali gantung?
Biskut resipi Tunku Azizah dihasilkan banduan laris dijual
Ramai sanggup mendapatkan pelbagai biskut yang dijual di penjara Bentong, biarpun harganya mahal kerana menggunakan bahan premium dan berkualiti tinggi.
'Tiada layanan istimewa kepada Najib'
Semua banduan diuruskan mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan
Penjara Kelantan bakal melahirkan lebih ramai penoreh getah profesional dalam kalangan banduan melalui latihan di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).
Banduan derma gaji bekerja di penjara bantu warga Palestin
Hantaran Mashouf mengenai sumbangan Hamza itu pantas menjadi tular dengan lebih 24,000 suka dan mendapat lebih 8,200 ciapan semula.
Lebih 20,000 banduan jalani program pemulihan dalam komuniti
Lebih 20,000 banduan di seluruh negara menjalani program pemulihan di luar tembok penjara bersama komuniti dengan pemantauan Jabatan Penjara Malaysia.
Myanmar beri pengampunan kepada 9,600 banduan
Myanmar pada Khamis memberi pengampunan kepada 9,000 banduan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-76 negara itu.
Presiden Sri Lanka beri pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Krismas
Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe memberikan pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Hari Krismas.